2 Cara Berus Gigi Dengan Betul

Cara berus gigi dengan betul sangat penting.

Gigi yang bersih, putih serta menawan diimpikan oleh semua orang. Tetapi berapa ramaikah diantara kita mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang betul?

Anda perokok dan suka makanan serta minuman manis adalah satu punca menyebabkan gigi tidak diurus dengan baik seperti gigi kuning, mulut berbau dan rosak.

Di perkongsian ini, kami akan kongsikan cara berus gigi yang betul dengan menyoalkan perkara ini dahulu.

Berapa banyak nak letak ubat gigi? Ada yang kata nak gosok gigi dan letak ubat gigi mengikut iklan seperti iklan Colgate dan Darlie. Letak ubat gigi sepanjang berus gigi, lagi banyak ubat gigi, lagi bersih gigi bila diberus. Secara amnya betul ke?

Fakta pertama yang anda boleh dapat jawapan disini adalah membazir.

Jalan terbaik untuk berus gigi dengan betul sepatutnya letak ubat gigi sebesar KACANG TANAH je. Sebabnya ubat gigi sebesar kacang tanah sudah cukup untuk membersihkan 32 batang gigi anda didalam mulut.

Oleh itu, mari kita amalkan cara berus gigi dengan betul dengan meletakkan ubat gigi dibahagian hujung berus gigi dan berus gigi perlahan – lahan supaya gusi tidak berdarah dan mulut bersih dari segala bakteria.

Kenapa Perlu Kurangkan Guna Ubat Gigi Di Berus Gigi?

Kalau anda lihat gambar diatas, bahagian badan berus gigi selalunya kurang digunakan sebab saiz lebih lebar berbanding di bahagian hadapan lebih tirus.

Bahagian badan berus gigi hanya digunakan untuk berus permukaan atas gigi dan sisi gigi sahaja.

Jadi amalkan cara yang betul agar gigi sihat, senyuman menawan !

Lagi satu, eh.. letak ubat gigi kurang, tak berbuih lah mulut?

Ok. Sila basahkan berus gigi anda, dan cuba letak ubat gigi sebesar kacang tanah. Hasilnya JIMAT 🙂 .

Nampak 2 point diatas yang kami kongsikan disini. Segala perkongsiaan ini bukan rekaan tetapi dari doktor gigi sendiri yang menyarankan. Jangan lupa kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat !