Cara Aktif Tempoh Sah Kredit Celcom 30 Hari

Cara Panjangkan Tempoh Sah Kredit Celcom 30 Hari – RM 30

Anda pengguna Celcom Prepaid? Mencari kaedah nak panjangkan tempoh sah kredit selama 365 hari?

Untuk pelan lama Celcom Prepaid anda mungkin boleh gunakan untuk aktif tempoh sah kredit TETAPI untuk pelan baru seperti Magic Sim, UOX, Xpax dan lain – lain lagi kebanyakkan Celcom Prepaid hanyalah selama 30 Hari SAHAJA dengan bayaran RM 30.

RM 30 untuk sebulan aktif dan panjangkan tempoh sah kredit celcom mungkin sedikit MAHAL berbanding Digi Prepaid RM 40 dah boleh dapat panjang tempoh selama 365 Hari ( Klik link kalau nak tahu cara. )

Kami sendiri pun tak pasti, dan berharap pihak Celcom ambil perhatian dengan perkara ini untuk mengelakkan pengguna telco Celcom port out ke perkhidmatan Telco yang lain yang lebih memudahkan pengguna.

Kenapa Perlu Nak Aktif Tempoh Sah Kredit Celcom?

Tak semua orang suka Tambah Nilai secara harian dan bulanan. Tak semua orang berminat untuk dapatkan Celcom Postpaid atas sebab komitmen dan disebabkan itu kebanyakkan telco di Malaysia menyediakan perkhidmatan panjangkan tempoh sah kredit ini bergantung pada keperluaan pengguna.

Disebabkan itu, anda yang menggunakan Celcom Prepaid dan ingin panjangkan tempoh sah kredit boleh ikuti langkah – langkah dibawah ;

1.) Pastikan no telefon anda aktif dengan kredit ada sekurang – kurangnya RM 30.
2.) Tekan butang *118# > Pilih 1. AkaunSaya > Pilih 3. Tempoh Sah Kredit Ekstra
3.) Tekan butang 3. Tempoh Sah Kredit Ekstra 30 Hari RM 30 dan tunggu SMS untuk pengesahan

4.) Seperti gambar di atas, anda hanya perlu balas SMS berikut dengan memasukkan YES 30DAY ke 28882.
5.) Siap! Kini tempoh sah kredit Celcom Prepaid anda telah diaktifkan selama 30 Hari.

Mudahkan bukan untuk aktifkan tempoh sah kredit Celcom? Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan anda di media sosial !