• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Utama
  • Tentang Kami
  • AMP Sitemap

Tut WP

Tutor With Peace

  • Informasi
  • Panduan
  • Semakan Online
  • Tutorial
  • Isu Semasa
  • Pendidikan
You are here: Home / Panduan / 5 Cara Beli Rumah Pertama Menggunakan Ejen Hartanah

5 Cara Beli Rumah Pertama Menggunakan Ejen Hartanah

December 7, 2017 By Admin Leave a Comment

beli rumah pertama, pinjaman peribadi, pinjaman peribadi bsn, pinjaman bank rakyat, rumah lelong, beli rumah, kelayakan pinjaman perumahan, pengiraan pinjaman perumahan, pinjaman peribadi rhb, lelong rumah, kalkulator pinjaman perumahan, pelaburan hartanah, pinjaman rumah, pinjaman perumahan bank, pinjaman beli tanah, pinjaman perumahan kerajaan 2016, rumah pertamaku,, pinjaman perumahan swasta, pinjaman peribadi bank, kiraan pinjaman perumahan, rumah lelong bank, kelayakan pinjaman perumahan kerajaan, pinjaman perumahan bank rakyat, pinjaman peribadi swasta, loan rumah kerajaan

Cara beli rumah pertama menggunakan ejen perumahan hartanah lebih mudah berurusan dan cepat.

Tapi pasti ramai diantara mereka merasakan membeli melalui ejen rumah ini senang kena tipu dan mahal.

Tanggapan anda adalah salah tentang mereka sebagai ejen hartanah.

Disebabkan terlalu takut dan tak berani membeli rumah pertama, tak tahu proses dan prosedur yang terlibat, teruskan pembacaaan cara beli rumah pertama ini kerana sedikit sebanyak anda akan tahu selok belok membeli rumah.

Membeli rumah pertama secara amnya melibatkan 5 perkara ini antaranya ;

1) Membuat persediaan pembelian seperti menyediakan deposit 10 %
2) Membuat tawaran dengan ejen hartanah ataupun pemilik
3) Mendapatkan khidmat guaman dan pinjaman bank.
4) Menandatangani perjanjian Sales & Purchase Agreement ( S&P )
5) Urusan pindah milik

Memiliki hartanah seperti rumah baru ( Under Con ), rumah Subsale dan rumah lelong proses yang terlibat ada perbezaannya. Dan untuk artikel kali ini kami lebih tekankan kepada pasaran membeli rumah Subsale ( rumah second hand ).

Sediakan Deposit Membeli Rumah

Terdapat pelbagai skim yang ditawarkan oleh pihak bank dan kerajaan sekarang untuk deposit rumah antaranya Skim MyDeposit, Skim Rumah Pertamaku, BSN MyHome dan lain – lain.

Jika anda mempunyai akaun KWSP 2 ataupun lain – lain pelaburan seperti Tabung Haji dan ASB, boleh keluarkan untuk dijadikan persediaan deposit 10 % membeli rumah.

Secara kasarnya, anda perlu sediakan 15 % duit untuk membeli rumah sebagai persediaan jika loan yang anda mohon kurang dari 90 % harga rumah. Jadi sedikit sebanyak lebihan itu anda kena tambah juga untuk kos guaman, fee, duti setem dan komisen ejen.

Kebiasaan untuk rumah bawah 100k membeli rumah pertama melalui ejen adalah sebanyak RM 3000 – RM 4000 jika loan bank anda lepas, anda perlu bayar kepada mereka.

Membeli rumah pertama melalui ejen hartanah adalah disarankan jika anda masih keliru tentang prosedur membeli rumah. Peranan mereka didalam perkara ini adalah memudahkan urusan pembelian hartanah anda. Mereka akan cari banker untuk luluskan loan rumah dan khidmat guaman yang terbaik untuk cepatkan proses pemilikan rumah.

Benda penting yang perlu ditekan disini, sila bawa rekod CCRIS anda dan penyata slip gaji sebelum membuat loan bank untuk dinilai oleh ejen samaada loan anda lepas ataupun tidak dengan kiraan Debt Service Ration ( DSR ).Sekurangnya ini dapat mengurangkan masa menunggu.

Membuat Tawaran Terbaik Dengan Ejen Hartanah

Jika membeli melalui ejen, pastikan anda membuat tawaran atau diskaun.

Dinasihatkan untuk meneliti terma – terma dalam surat tawaran tersebut jika anda beli rumah second hand adalah fully furnished ataupun tidak.

Anda juga akan membuat bayaran sebanyak 3 % ataupun RM 1,000 sebagai wang tanda jadi, atau booking fee dekat agensi hartanah.

Pastikan anda membayar wang tersebut ke akaun agensi hartanah dan bukan ke akaun pemilik rumah ataupun akaun ejen.

Untuk mengelakkan booking fees anda hangus, pastikan anda berurusan dengan ejen hartanah berdaftar dan minta mereka tunjukkan business card atau tag.

Kalau beli melalui owner, bayar wang booking tersebut kepada peguam sebagai pemegang amanah.

Suruh ejen letakkan klausa wang booking fee dipulangkan jika pinjaman bank rumah anda tidak lulus.

Mendapatkan Khidmat Guaman dan Pinjaman Perumahan

Membeli rumah pertama melalui ejen ini kesemua proses A-Z yang terlibat mereka akan uruskan. Apa yang perlu ada buat hanyalah sediakan dokumen lengkap berkaitan yang diminta oleh mereka seperti ;

1) Salinan kad pengenalan
2) Salinan penyata akaun KWSP
3) Surat sah perlantikan jawatan
4) Salinan penyata gaji 6 bulan
5) Salinan penyata bank 6 bulan
6) Salinan penyata simpanan seperti pelaburan ASB dan Tabung Haji

Tandatangan Perjanjian S&P

Dalam tempoh 14 hari selepas surat tawaran dipersetujui, anda boleh minta untuk ejen hartanah lanjutkan masa tandangan S&P jika pembelian rumah pertama anda adalah kes istimewa yang memerlukan masa sedikit.

Disini, anda perlu membuat bayaran baki 7 % kepada agensi hartanah ditambah dengan booking fee 3 % menjadikan deposit adalah 10 % untuk rumah tersebut.

Urusan Pindah Milik

Untuk proses pindah milik rumah jenis freehold perlu diselesaikan dalam masa tempoh 90 hari.

Bayaran 90 % nilai harga rumah perlu diselesaikan oleh kita atau bank dalam tempoh ini. Untuk hartanah berstatus freehold ini tempoh 90 hari bermula dari tarikh perjanjian jual beli.

Untuk urusan hartanah leasehold atau geran induk belum sempurna. Pindah milik perlukan kebenaran dari pihak berkuasa negeri. Proses ini mungkin memakan masa 1 – 6 bulan. Dan tempoh 90 hari akan bermula setelah mendapat kebenaran.

Jika tempoh 90 hari urusan masih lagi berjalan dan belum selesai, tambahan masa 30 hari diberikan. Anda sebagai pembeli akan dikenakan penalti pada kadar faedah 8 % setahun jika terlewat.

Pastikan anda sentiasa follow up ejen hartanah dan peguam anda untuk urusan pindah milik rumah.

Setelah semuanya selesai, pembeli akan menerima kunci rumah daripada pemilik. Pastikan bil – bil tertunggak telah dijelaskan oleh pemilik untuk memudahkan anda menukar nama pada bil – bil utiliti.

Jika anda masih merasa susah untuk beli rumah pertama, anda boleh dapatkan sekarang Panduan Strategi Confirm Lulus Loan Rumah

beli rumah pertama, pinjaman peribadi, pinjaman peribadi bsn, pinjaman bank rakyat, rumah lelong, beli rumah, kelayakan pinjaman perumahan, pengiraan pinjaman perumahan, pinjaman peribadi rhb, lelong rumah, kalkulator pinjaman perumahan, pelaburan hartanah, pinjaman rumah, pinjaman perumahan bank, pinjaman beli tanah, pinjaman perumahan kerajaan 2016, rumah pertamaku,, pinjaman perumahan swasta, pinjaman peribadi bank, kiraan pinjaman perumahan, rumah lelong bank, kelayakan pinjaman perumahan kerajaan, pinjaman perumahan bank rakyat, pinjaman peribadi swasta, loan rumah kerajaan

Filed Under: Informasi, Panduan Tagged With: Cara Beli Rumah, Pinjaman Perumahan, Tips Lulus Loan Rumah

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Artikel Terkini

  • Tarikh Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum 2018
  • Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Melalui Bank Islam
  • Cara Buka Akaun Simpanan Bank Islam
  • 2 Cara Berus Gigi Dengan Betul
  • Cara Aktif Tempoh Sah Kredit Celcom 30 Hari

Komen Terbaru

  • Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Melalui Bank Islam on Cara Buka Akaun Simpanan Bank Islam
  • Cara Tempah Tiket KTM Secara Online | SyahrilHafiz.com on 9 Cara Beli Tiket ETS KTM Secara Online
  • Cara Daftar CIMB Clicks 2017/2018 on 5 Cara Jual Dan Berniaga Di Instagram
  • Jabatan Imigresen Malaysia Meletakkan Kiosk Semak Status Senarai Hitam Sebelum Penerbangan on Semak Saman AES ( AWAS ), JPJ Dan Trafik PDRM Online
  • Sistem Semakan Online (SSO) PDRM – Semak Laporan Polis Secara Online on Semak Saman AES ( AWAS ), JPJ Dan Trafik PDRM Online

Tags

Akaun Bank Islam Aplikasi MyEG ASB Loan Bank Islam Bonus Tabung Haji Cara Beli Rumah Cara Beli Tiket KTM Cara Berus Gigi Cara Buat Duit Online Cara Jaga Gigi Cara Niaga Di Instagram Cara Tarik Follower Instagram Celcom Prepaid Celcom Prepaid Validity Check Saman Online CIMB Clicks Daftar ASB Online Dividen ASB Google Adsense Harga Saman AES Hutang PTPTN Jadual Gaji Kerajaan 2018 Jadual Perjalanan ETS Terkini Kamera AES Kamera Speed Trap Kemaskini BRIM 2018 Kiosk Blacklist Imigresen LHDN Lokasi Kamera AES Nenas Batu Pelepasan Cukai Pendapatan Pemasaran Instagram Pinjaman Perumahan PRU 14 Semakan Daftar Pengundi Semak ASB Online Semak Baki Tabung Haji Semak Daftar Pemilih Semak Saman AES Semak Status Blacklist Imigresen Susu Enfagrow Tiruan Susu Formula Enfalac Tiruan Tabung Haji Tips Lulus Loan Rumah Ubat Gigi

Arkib

  • April 2018
  • March 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017

Kategori

  • Informasi
  • Isu Semasa
  • Panduan
  • Semakan Online
  • Tutorial

Copyright © 2023 Tut WP · SH NETWORK ENTERPRISE (JM0766708-K)