5 Cara Beli Rumah Pertama Menggunakan Ejen Hartanah

Cara beli rumah pertama menggunakan ejen perumahan hartanah lebih mudah berurusan dan cepat.

Tapi pasti ramai diantara mereka merasakan membeli melalui ejen rumah ini senang kena tipu dan mahal.

Tanggapan anda adalah salah tentang mereka sebagai ejen hartanah.

Disebabkan terlalu takut dan tak berani membeli rumah pertama, tak tahu proses dan prosedur yang terlibat, teruskan pembacaaan cara beli rumah pertama ini kerana sedikit sebanyak anda akan tahu selok belok membeli rumah.

Membeli rumah pertama secara amnya melibatkan 5 perkara ini antaranya ;

1) Membuat persediaan pembelian seperti menyediakan deposit 10 %
2) Membuat tawaran dengan ejen hartanah ataupun pemilik
3) Mendapatkan khidmat guaman dan pinjaman bank.
4) Menandatangani perjanjian Sales & Purchase Agreement ( S&P )
5) Urusan pindah milik

Memiliki hartanah seperti rumah baru ( Under Con ), rumah Subsale dan rumah lelong proses yang terlibat ada perbezaannya. Dan untuk artikel kali ini kami lebih tekankan kepada pasaran membeli rumah Subsale ( rumah second hand ).

Sediakan Deposit Membeli Rumah

Terdapat pelbagai skim yang ditawarkan oleh pihak bank dan kerajaan sekarang untuk deposit rumah antaranya Skim MyDeposit, Skim Rumah Pertamaku, BSN MyHome dan lain – lain.

Jika anda mempunyai akaun KWSP 2 ataupun lain – lain pelaburan seperti Tabung Haji dan ASB, boleh keluarkan untuk dijadikan persediaan deposit 10 % membeli rumah.

Secara kasarnya, anda perlu sediakan 15 % duit untuk membeli rumah sebagai persediaan jika loan yang anda mohon kurang dari 90 % harga rumah. Jadi sedikit sebanyak lebihan itu anda kena tambah juga untuk kos guaman, fee, duti setem dan komisen ejen.

Kebiasaan untuk rumah bawah 100k membeli rumah pertama melalui ejen adalah sebanyak RM 3000 – RM 4000 jika loan bank anda lepas, anda perlu bayar kepada mereka.

Membeli rumah pertama melalui ejen hartanah adalah disarankan jika anda masih keliru tentang prosedur membeli rumah. Peranan mereka didalam perkara ini adalah memudahkan urusan pembelian hartanah anda. Mereka akan cari banker untuk luluskan loan rumah dan khidmat guaman yang terbaik untuk cepatkan proses pemilikan rumah.

Benda penting yang perlu ditekan disini, sila bawa rekod CCRIS anda dan penyata slip gaji sebelum membuat loan bank untuk dinilai oleh ejen samaada loan anda lepas ataupun tidak dengan kiraan Debt Service Ration ( DSR ).Sekurangnya ini dapat mengurangkan masa menunggu.

Membuat Tawaran Terbaik Dengan Ejen Hartanah

Jika membeli melalui ejen, pastikan anda membuat tawaran atau diskaun.

Dinasihatkan untuk meneliti terma – terma dalam surat tawaran tersebut jika anda beli rumah second hand adalah fully furnished ataupun tidak.

Anda juga akan membuat bayaran sebanyak 3 % ataupun RM 1,000 sebagai wang tanda jadi, atau booking fee dekat agensi hartanah.

Pastikan anda membayar wang tersebut ke akaun agensi hartanah dan bukan ke akaun pemilik rumah ataupun akaun ejen.

Untuk mengelakkan booking fees anda hangus, pastikan anda berurusan dengan ejen hartanah berdaftar dan minta mereka tunjukkan business card atau tag.

Kalau beli melalui owner, bayar wang booking tersebut kepada peguam sebagai pemegang amanah.

Suruh ejen letakkan klausa wang booking fee dipulangkan jika pinjaman bank rumah anda tidak lulus.

Mendapatkan Khidmat Guaman dan Pinjaman Perumahan

Membeli rumah pertama melalui ejen ini kesemua proses A-Z yang terlibat mereka akan uruskan. Apa yang perlu ada buat hanyalah sediakan dokumen lengkap berkaitan yang diminta oleh mereka seperti ;

1) Salinan kad pengenalan
2) Salinan penyata akaun KWSP
3) Surat sah perlantikan jawatan
4) Salinan penyata gaji 6 bulan
5) Salinan penyata bank 6 bulan
6) Salinan penyata simpanan seperti pelaburan ASB dan Tabung Haji

Tandatangan Perjanjian S&P

Dalam tempoh 14 hari selepas surat tawaran dipersetujui, anda boleh minta untuk ejen hartanah lanjutkan masa tandangan S&P jika pembelian rumah pertama anda adalah kes istimewa yang memerlukan masa sedikit.

Disini, anda perlu membuat bayaran baki 7 % kepada agensi hartanah ditambah dengan booking fee 3 % menjadikan deposit adalah 10 % untuk rumah tersebut.

Urusan Pindah Milik

Untuk proses pindah milik rumah jenis freehold perlu diselesaikan dalam masa tempoh 90 hari.

Bayaran 90 % nilai harga rumah perlu diselesaikan oleh kita atau bank dalam tempoh ini. Untuk hartanah berstatus freehold ini tempoh 90 hari bermula dari tarikh perjanjian jual beli.

Untuk urusan hartanah leasehold atau geran induk belum sempurna. Pindah milik perlukan kebenaran dari pihak berkuasa negeri. Proses ini mungkin memakan masa 1 – 6 bulan. Dan tempoh 90 hari akan bermula setelah mendapat kebenaran.

Jika tempoh 90 hari urusan masih lagi berjalan dan belum selesai, tambahan masa 30 hari diberikan. Anda sebagai pembeli akan dikenakan penalti pada kadar faedah 8 % setahun jika terlewat.

Pastikan anda sentiasa follow up ejen hartanah dan peguam anda untuk urusan pindah milik rumah.

Setelah semuanya selesai, pembeli akan menerima kunci rumah daripada pemilik. Pastikan bil – bil tertunggak telah dijelaskan oleh pemilik untuk memudahkan anda menukar nama pada bil – bil utiliti.

Jika anda masih merasa susah untuk beli rumah pertama, anda boleh dapatkan sekarang Panduan Strategi Confirm Lulus Loan Rumah