Cara beli dan tempah tiket ETS secara online.
Musim cuti sekolah, cuti perayaan dan cuti semester semestinya perkhidmatan tren KTM terutama ETS menjadi pilihan untuk perjalanan balik ke kampung.
Selain menaiki pengangkutan awam yang lain seperti bas dan kapal terbang. ETS adalah pengangkutan awam alternatif yang boleh di beli tiket ETS setiap hari mengikut masa dan jadual yang telah ditetapkan oleh KTMB.
Perjalanan jadual tren ETS yang kini semakin rancak dan senang didapati setiap masa memudahkan para pengguna khususnya pelajar untuk balik ke kampung halaman.
Dengan kad KTM i-Card untuk pelajar yang menikmati diskaun yang banyak untuk perkhidmatan ini sudah tentu anda sebagai pelajar akan menggunakan kemudahan ini setiap masa.
Cara beli tiket ETS ini ada banyak cara tempahan anda boleh buat antaranya tempahan melalui Agen Tiket Berdaftar, tempahan melalui kaunter KTM, tempahan melalui hotline Telefon +603 – 2267 1200 dan tempahan tiket ETS secara online.
Kami disini akan memberikan anda panduan untuk membeli tiket ETS KTM secara online. Teruskan membaca.
Cara Beli Tiket KTM Secara Online
Rancang perjalanan anda dengan pembelian tiket ETS di dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh perjalanan.
1) Buka laman web rasmi KTMB http://www.ktmb.com.my
2) Klik pada Log In / Sign Up > Kemudian klik pada Register New User untuk Pengguna Baru
3) Masukkan maklumat yang diperlukan untuk cara beli tiket ETS seperti emel aktif, username dan password.
4) Masukkan maklumat perjalanan ETS anda seperti gambar di atas untuk menempah tiket secara online.
* Rancang perjalanan anda, seperti nak beli tiket pada awal pagi, pagi, petang atau malam. Contoh tiket pada waktu malam antara pukul 0700PM – 11.59PM
5) Anda boleh klik pada mana- mana tarikh tertera jika tarikh yang anda tempah tiket dah habis. Seperti gambar diatas, hanya 19 Disember sahaja ada tiket ETS. Kemudian klik pada kolum biru untuk TICK dan klik pada Proceed.
6) Masukkan Nama, dan maklumat yang diperlukan selengkapnya dan kemudian Pilih Seat yang anda nak.
* Di ruangan Ordinary Ticket sila pilih KTMB I-Card Student untuk diskaun tiket ETS.
7) Selepas Pilih Seat teruskan dengan membuat PEMBAYARAN samada menggunakan kad debit atau bank transfer untuk menempah tiket ETS.
8) Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran samada melalui kredit atau debit kad atau perbankan online seperti Maybank2u, CIMB Clicks atau lain lain seperti gambar diatas.
9) Siap ! Semak emel anda untuk tiket ETS online dan cetak tiket tersebut.
Jangan lupa kongsikan artikel Cara Membeli Tiket ETS secara Online ini dengan rakan anda !
[…] Disebabkan laman web rasmi KTMB telah bertukar ke sistem tempahan tiket baru, anda boleh semak Cara Beli Tiket ETS disini […]