Cara buat duit dengan mudah iaitu dapatkan akaun Google Adsense untuk blog peribadi.
Google Adsense adalah sebuah platform pengiklanan yang anda boleh guna untuk menjana pendapatan online dalam matawang USD.
Kalau anda sendiri mempunyai sebuah blog peribadi, kami berpendapat kenapa anda tak mahu menjana pendapatan sekarang melalui blog sambil menulis untuk hobi.
Selain pengiklanan Nuffnang yang mendapat sambutan untuk blogger baru di dunia blogging. Anda juga boleh memohon untuk dapatkan akaun Google Adsense untuk buat duit USD.
Menarik tentang Google Adsense ini, anda boleh klik gambar dibawah untuk keterangan lanjut tentang Panduan Raja Adsense Revive.
Kalau disini kami nak terangkan panjang lebar mengenai Google Adsense ini belum tentu nak habis mengarangkannya disebab banyak ilmu yang anda boleh dapat dengan panduan ini.
Kami juga akan review ringkas mengenai Panduan Google Adsense ini pada masa akan datang disebabkan teknik dan ilmu yang dikongsikan oleh saudara Mohd Syamsuriyadi sangat bermanfaat.
Ada blog? Tak ada iklan? Tak ada masalah, sambil menulis pasang Google Adsense di blog mahupun Youtube sangat best ! Dapatkan sekarang !
Selain tu, anda juga boleh baca tips dapatkan Google Adsense yang sangat awesome ini di link ini.
Cara Buat Duit USD Dengan Dapatkan Akaun Google Adsense Malaysia
Yang menarik tentang pengiklanan dari Google Adsense sekarang kerana menyokong Bahasa Malaysia. Jadi secara tak langsung, kalau anda merasakan anda menulis blog peribadi dalam Bahasa Melayu pun tak ada masalah untuk dapatkan akaun GA ini.
1. Baca terlebih dahulu polisi Google Adsense . Ini bahagian penting kerana anda perlu persiapkan apa yang perlu dan tak perlu ada di blog anda. Google sangat strict terhadap blog yang melanggar TOS.
Tak pasal – pasal, anda dah boleh nak cash out duit USD sekali akaun kena beku sebab salah diri sendiri.
2. Layari laman rasmi Google Adsense. Dan klik pada Sign Up. Masukkan segala maklumat yang diperlukan.
3. Kalau anda guna Blogspot, boleh mohon melalui Dashboard Blogger dan menggunakan lain – lain CMS seperti WordPress Self Host, anda isi url anda yang betul dan sahkan segala maklumat tersebut.
4. Akses kepada Akaun Google Adsense anda sekarang.
Sekiranya untuk review pertama blog peribadi anda telah lepas. Anda akan dapat emel confirmation menyatakan untuk place Ads Code. Disini anda boleh memilih samaada mahu letak Image Ads ataupun Link Ads.
Sekiranya trafik blog peribadi anda tinggi, secara tak langsung anda akan dapat option untuk Native Ads dan Matched Content Ads.
Pastikan memilih Ads yang bersesuaian di blog template anda.
5. Pilih Ads Design. Disini anda boleh design ads mengikut template anda. Jika menggunakan Font tertentu pastikan Google Adsense juga ditetapkan sama dan serupa.
Kebarangkalian untuk pelawat klik iklan yang dicari berpotensi tinggi iaitu CTR.
6. Masukkan kod iklan Google Adsense anda di blog peribadi. Salin dan tampal kod iklan yang telah siap sedia di blog peribadi anda.
Pastikan maksimum 5 Ads sahaja untuk satu – satu pages.
7. Jangan KLIK iklan Google Adsense anda. Cara black hat ini yang melanggar TOS Google. Secara tak lansung ini sangat membahayakan akaun Google Adsense anda untuk kena banned.
Jadi pastikan iklan berjalan seperti biasa, dan anda teruskan menulis blog peribadi untuk jana pendapatan Google Adsense. Orang kata cukup masa, dan boleh cash out.
8. Terima duit USD Google Adsense. Bahagian akhir yang paling memberikan senyuman lebar kepada blogger newbie yang inginkan jana duit online sambil blogging.
Selepas cukup 10 USD, Google akan menghantar poskad untuk verify akaun Google Adsense anda. Disini anda dah boleh memilih tetapan untuk pembayaran samada melalui Cek , Bank Transfer ataupun Western Union.
Pembayaran ( threshold ) Google Adsense anda boleh tetapkan disini iaitu 100 USD minimum.
Nampak, cukup mudah sekarang bukan untuk cara buat duit online dalam USD iaitu dapatkan Google Adsense untuk blog peribadi sahaja.
Sambil menulis blog, menjana sikit pendapatan untuk tampung kos seharian walaupun bukan setiap bulan. Google Adsense juga boleh dijadikan pendapatan pasif.
Untuk lebih lanjut, amat disarankan untuk dapatkan Panduan Google Adsense.
Leave a Reply