Cara Buka Akaun Simpanan Bank Islam

Cara membuka akaun simpanan Bank Islam hanya dengan RM 100 sahaja.

Pertama sekali, kenapa perlunya membuka akaun simpanan berbanding simpan sendiri. Ini kerana simpan wang di institusi bank, wang kita dijamin lebih selamat berbanding menyimpan di tempat lain yang tidak menjaminkan keselamatan.

Untuk anda yang inginkan membuka akaun simpanan Bank Islam, apa yang perlu anda buat adalah dengan mengisi borang yang terdapat di mana – mana cawangan bank Islam.

Persediaan yang perlu anda buat sebelum membuka akaun simpanan di Bank Islam adalah ;

1) Kad Pengenalan
2) Lesen Memandu atau apa – apa dokumen yang mengesahkan alamat semasa anda
3) Buka akaun simpanan Bank Islam modal RM 100

Perlu diingatkan, anda kena menyiapkan ketiga – tiga perkara diatas untuk membuka akaun simpanan di Bank Islam. Selepas anda mengisi borang buka akaun simpanan, serahkan borang tersebut ke pegawai bank yang berkaitan.

Hanya perlu tunggu beberapa minit sebelum anda dipanggil untuk mengisi sedikit lagi maklumat seperti Nama Ibu, No Kad Pengenalan dan Penama/Waris.

Anda akan diberikan kad ATM Bank Islam dan dengan segera menukar pin kata laluan di ATM.

Mudah bukan? Jangan lupa kongsikan artikel kami di Tut WP sekiranya anda merasakan ianya bermanfaat !

View Comments (0)