Cara Daftar CIMB Clicks 2017/2018

Cara daftar CIMB Clicks dengan mudah untuk perbankan online. Segala urusan akan lebih mudah dan cepat dengan adanya akaun perbankan online.

Untuk anda yang kali pertama baru membuka akaun di CIMB Bank, kad debit yang kita ada itu boleh digunakan secara online untuk membeli, pindahan wang dan sebagainya.

Kebiasaan, menggunakan kad debit lebih tertumpu untuk beli di kedai tetapi dengan membuka akaun dengan daftar CIMB Clicks anda boleh “windows shopping” di kedai online terkenal seperti Lazada atau Shopee.

Pertama, apa yang perlu anda buat adalah mesti ada akaun CIMB Bank. Kalau belum ada sila buka akaun terlebih dahulu di kaunter cawangan CIMB berdekatan.

Cara Mendaftar CIMB Clicks Secara Online

a) Langkah pertama : Daftar terlebih dahulu di Mesin ATM CIMB

1) Anda perlu ke mesin ATM CIMB dahulu dan masukkan kad debit dan no PIN untuk paparan Utama.
2) Pilih butang ‘OTHER/LAIN – LAIN’.
3) Kemudian , akan tertera di skrin pilih CIMB Clicks.
4) Masukkan no telefon anda yang aktif untuk pengesahan sekuriti iaitu No TAC.
5) Siap, dan resit serta kad anda boleh simpan!

b) Langkah kedua : Daftar CIMB Clicks secara online

1) Layari laman web rasmi CIMB Clicks https://www.cimbclicks.com.my/


2) Lihat di Menu Atas terdapat butang ‘Online Registration’ dan klik.


3) Kemudian, klik butang ‘Register Now’.
4) Di bahagian ini anda perlu isikan maklumat berikut ;

– Dibahagian depan kad debit anda ada tertera no kad CIMB dan masukkan.
– No PIN ATM anda.
– Username ID anda – pastikan campur huruf dan nombor seperti ‘cimb2018’
– Nombor Password anda.

5) Selesai sudah daftar CIMB Clicks.

Mudah bukan cara daftar CIMB Clicks ini. Semoga dengan perkongsian informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membayar segala bagai loan kereta, bil telefon, bayar duit loan rumah dan beli secara online memudahkan anda.

Perlu diingatkan pastikan no telefon untuk pengesahan No TAC adalah aktif.

Jangan lupa kongsikan artikel ini !