5 Cara Jual Dan Berniaga Di Instagram

Cara jual dan berniaga di Instagram kena ada caranya. Anda tahu kan jualan online dan offline tidak sama. Berniaga secara online khususnya memerlukan skrip jualan yang betul dan berkesan.

Kesannya jika anda sudah melibatkan diri secara aktif didalam pemasaran online, anda kena bersiap siaga menghadapi segala kemungkinan yang mungkin terjadi.

Cara pemasaran Instagram diperlukan untuk menjual dan tingkatkan engagement diantara anda dan prospek.

Cara menjual di Instagram ada asasnya iaitu menghasilkan gambar yang cantik dan upload ke profil Instagram. Itu adalah asas pemasaran Instagram.

Tanpa teknik asas pemasaran Instagram mungkin sedikit susah untuk anda mahirkan diri dengan teknik yang lebih teknikal di Instagram.

Fakta yang perlu anda tahu. Pengguna Instagram sekarang melebihi pengguna di Facebook. Ini menunjukkan tahap engagement di Instagram sekarang lebih tinggi berbanding Facebook jika tidak menggunakan sebarang pengiklanan.

Terdapat lebih 400 juta pengguna Instagram yang aktif setiap bulan dan jumlah ini akan meningkat saban tahun. Pengguna aktif di Instagram dikalangan golongan muda iaitu usia diantara 19 – 35 tahun.

Cara Jual Di Instagram – Pemasaran Instagram

Nak menjual di Instagram anda kena mahirkan diri dengan asas Pemasaran Instagram diantaranya ;

1. Biodata Instagram Yang Menarik

Menarik tentang Instagram sekarang dibahagikan kepada dua iaitu Instagram Personal dan Instagram Business. Kami sendiri di Tut WP menjalankan bisnes online menggunakan saluran Instagram ini sebabnya satu aplikasi Instagram boleh login sebanyak 5 akaun satu masa.

Tonjolkan keunikkan biodata anda disini. Ianya umpama pengenalan diri kepada perniagaan anda.

2. Nama Akaun Instagram

Ramai sifu Pemasaran Instagram di luar sana banyak tekannnya disini. Jangan sesekali buka akaun yang merapu. Fokus nama kedai jualan anda dengan satu akaun Instagram satu produk. Sebagai contoh kalau anda jual perfume, target satu dua produk sahaja untuk dipromosi.

Ini adalah penting untuk brandingkan perniagaan anda di Instagram supaya orang mudah ingat.

3. Targeted Follower

Targeted – Memang minat produk atau servis anda.

Kenal pasti avatar pelanggan anda. Cara jual tudung di Instagram cari wanita. Kenal pasti juga minat dan umur targeted follower anda. Salah satunya follow follower pesaing Instagram anda.

Lagi satu suka kami ingatkan, nak berniaga dan menjual di Instagram jangan privatekan profil di Instagram anda.

4. Gambar Yang Menarik

Siapa kata untuk dapatkan gambar produk yang profesional kita perlukan kamera DSLR? Software Photo Editing yang berharga ribu-ribu serta peralatan-peralatan studio yang mahal?

Anda mungkin salah. Kemahiran untuk mengambil gambar yang unik dan kelihatan profesional boleh dilakukan jika anda tahu teknik yang betul. Gambar yang berkualiti tinggi dan unik seperti Amazon dan Google sangat cemerlang. Menjual hanya melalui gambar.

Kerana Instagram penuh dengan gambar, jadi gambar yang cantik dapat membantu menarik perhatain bakal prospek anda untuk klik dan melihat setiap post anda.

5. Guna #hashtag untuk menjual dan berniaga di Instagram

Guna #hashtag yang berkaitan untuk jualan. Contoh #sayajual atau #perfumetahanlama kerana ianya merupakan lubuk menjual untuk masa kini. Pastikan ianya relevan dengan barang yang dijual.

#hashtag yang berkaitan dengan produk anda di Instagram boleh menjadi targeted, jika anda fokus lebih kepada geo location.

Contohnya #bajubudakshahalam , #barangberkaitancoddimana . Nampakkan?

Khas Untuk Anda Yang Mahu Berniaga Di Instagram!

Nak belajar tak panduan untuk Tingkatkan Follower dan Jual Di Instagram? Nak cepat boleh customer melalui Instagram anda kena tahu teknik pemasaran Instagram yang berkesan.

Klik gambar bawah ini untuk keterangan lanjut

View Comments (0)