Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Melalui Bank Islam

Cara keluarkan duit Tabung Haji melalui ATM Bank Islam.

Siapa kata susah untuk keluarkan duit di Tabung Haji? Kini segala mudah dengan guna kad ATM bank Islam. Pengeluaran tabung haji melalui ATM selain Bank Islam boleh juga digunakan jika anda mempunyai salah satu daripada akaun Bank Rakyat dan Maybank.

Ok sebelum itu, sebagai umat Islam, simpanan tabung Haji merupakan satu kemudahan untuk kita semua menyimpan duit dan mengumpul bagi tujuan Haji dan Umrah. Ada juga yang gunakan Tabung Haji sebagai pelaburan sebab ada bonus/hibah.

Menyimpan duit di Tabung Haji ada kebaikannya antaranya ianya patut syariah, zakat perniagaan pendeposit diuruskan, dijamin kerajaan dan memberikan bonus/hibah yang kompetitif. Malah, bonus/hibah tersebut dikecualikan dari cukai pendapatan.

Kini untuk memudahkan penyimpan/pendeposit Tabung Haji sudah boleh melakukan transaksi pengeluaran, pemindahan wang dan deposit di ATM bank terpilih. Antara syarat untuk anda keluarkan duit tabung haji melalui Bank Islam mestilah mempunyai akaun dan kad ATM bank Islam bagi membolehkan transaksi dijalankan.

Mari sini kami tunjukkan kepada anda bagaimana nak mendaftar akaun Tabung Haji di mesin ATM Bank Islam dengan langkah – langkah berikut ;

1) Masukkan kad ATM Bank Islam
2) Di paparan skrin, pilih ‘Tabung Haji’
3) Pilih ‘Daftar akaun Tabung Haji’
4) Masukkan nombor akaun Tabung Haji
5) Tekan ‘Ya’ pada skrin untuk proses seterusnya
6) Masukkan nombor siri buku akaun Tabung Haji anda
7) Tekan ‘Ya’ untuk pengesahan
8) Sistem akan proses permohonan dan slip akan dicetak

Setelah selesai pendaftaran akaun Tabung Haji di ATM bank Islam, penyimpan Tabung Haji boleh melakukan transaksi pengeluaran dan pemindahan duit di mesin ATM Bank Islam manakala untuk deposit ( masukkan duit ) boleh dilakukan di mesin Cash Deposit Machine (CDM) Bank Islam.

Untuk pengeluaran duit tabung Haji akan dikenakan caj perkhidmatan termasuk GST RM 1.06.

Dengan adanya kemudahahan perkhidmatan pengeluaran duit Tabung Haji ini, simpanan di Tabung Haji menjadi lebih mudah dan menjadi pilihan utama untuk para pendeposit pertama kali tanpa perlu keluar pergi ke kaunter Tabung Haji.

Semoga maklumat yang kami kongsikan di Tut WP ini berguna! Jangan lupa kongsikan artikel ini dan jom mulakan menyimpan di dalam Tabung Haji untuk masa depan !