Cara Mengenal Susu Formula Tiruan Dan Asli Produk Enfagrow

Cara kenal pasti pek susu formula tiruan dan pek asli susu Enfragrow

Baru ini kita sebagai pengguna di Malaysia khususnya ibubapa dikejutkan dengan penularan produk susu formula tiruan yang terjadi di Johor. Ramai ibubapa menyatakan ketidakpuasan hati terhadap produk tersebut yang menyebabkan anak – anak mereka mengalami simptom – simptom seperti demam panas, cirit – birit, tak lalu makan dan badan naik ruam.

Pihak Mead Johnson Nutrition Malaysia telah mengeluarkan panduan dan kenyataan mengenai susu formula Enfagrow tiruan dan asli untuk dikenalpasti oleh pengguna.

Sebilangan kecil produk susu formula Enfagrow sahaja yang terlibat didalam susu formula tiruan ini antaranya Enfalac A+ Langkah 1 Pek 1.8KG.

Cara mudah untuk mengenal pasti susu formula tiruan ini adalah dengan memeriksa pek foil individu seperti gambar dibawah .

Bungkusan susu formula Enfalac A+ Langkah 1 yang tulen kelihatan mempunyai udara penuh di dalam pek manakala pek susu formula tiruan pula mempunyai udara yan kurang dan serbuk kurang mampat.

Dari segi bungkusan pula, seperti didalam gambar mempunyai lipatan tajam yang ketara di kedua – dua belah bahagian sisinya. Untuk susu formula Enfagrow asli tidak ada lipatan pada pek foil.

Untuk mengatasi masalah susu formula tiruan Enfalac A+ Langkah 1 kotak 1.8KG terus dijual secara meluas, pihak Mead Johnson Nutrition telah menukar penggantian produk bungkusan.

Hanya susu formula Enfalac A+ Langkah 1 di dalam kotak 1.8KG terlibat dan produk gantian tertera label dengan logo DHA +ARA dan MFGM Complex.

Dengan penerangan diatas, anda dapat membezakan susu formula tiruan dan asli Enfagrow. Jangan lupa kongsikan artikel ini !