Dividen ASB 2018 dan Bonus ASN kadar pendapatan setiap tahun antara pelaburan yang memberikan pulangan berbaloi kepada pelabur.
Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) adalah sebuah pelaburan yang tidak menjanjikan langit dan bintang tetapi boleh dijadikan simpanan untuk pelaburan masa jangka pendek dan panjang.
Setiap tahun pihak ASB akan mengumumkan berapakah jumlah dividen dan bonus yang diperolehi bagi tahun tersebut. Ini kerana pemberian bonus serta dividen paling minimun setakat ini adalah 6.75 % dan tidak termasuk bonus.
Kepada anda yang menyimpan ASB pastinya tertunggu – tunggu pulangan yang diperolehi pada tahun tersebut. Dividen ASB 2018 anda boleh lihat seperti di jadual berikut.
Memaksimumkan pendapatan ASB contoh maksimum 200k mengikut kemampuan digalakkan dengan melakukan ASB Loan Financing. Apa yang pasti dengan melakukan ASB Loan Financing, anda perlu tahu ilmu dan teknik yang betul untuk memperolehi pulangan yang lumayan.
Klik pada gambar untuk keterangan lanjut.
Selain Amanah Saham Bumiputera, anda juga boleh membuka Amanah Saham Bumiputera 2 ( ASB 2) dan Amanah Saham Nasional ( ASN ). Di dalam artikel ini kami juga akan berkongsikan jadual dividen dan bonus kadar pendapatan ASN.
Sebelum itu, kami akan senaraikan jadual dividen ASB dan bonus bagi tahun sebelumnya.
Kadar Dividen ASB 2018 Terkini
Tahun 2018 : 6.50 + 0.50
Tahun 2017: 7.00 + 0.25 bonus + *1.00 bonus khas ulangtahun
Tahun 2016: 6.75 + 0.5 bonus
Terkini 2015 : 7.25 + 0.5
Tahun 2014 : 7.50 + 1.00
Tahun 2013 : 7.70 + 1.00
Tahun 2012 : 7.75 + 1.15
Tahun 2011 : 7.65 + 1.15
Tahun 2010 : 7.50 + 1.25
Kadar Dividen ASN 2018
Tahun 2018 : 3.25
Tahun 2017: 3.65
Tahun 2016: 6.45
Tahun 2015: 6.10
Tahun 2014: 6.45
Tarikh Pembayaran dividen ASB dan ASN
Dividen ( pendapatan ) dan juga bonus ASB serta ASN akan terus dikreditkan kedalam akaun pemegang unit saham. Kebiasaan jumlah berkenaan akan dikreditkan pada awal tahun Januari tahun hadapan.
Dividen ASB 2018 – 6.50 + 0.50 bonus = 7.00
Untuk pengetahuan anda semua, ASB dan mana- mana produk unit ASNB tidak lagi menggunakan buku. Jadi ambil kesempatan ini sekarang untuk daftar dan semak ASB secara online sekarang melalui portal rasmi MyASNB.
Leave a Reply