Khasiat Nenas Batu Untuk Kaum Wanita Selepas Bersalin

Khasiat Nenas Batu untuk wanita selepas bersalin.

Nenas Batu atau dalam Bahasa Inggerisnya Pine Cone adalah sebahagian reproduktif pokok jenis pine. Pokok Nenas Batu boleh dikatakan agak susah untuk dicari di Malaysia kerana ianya bukan berasal dari Malaysia dan tumbuh di kawasan beriklim sederhana.

Kalau anda pergi Pulau Langkawi contohnya, nak dapatkan Nenas Batu ini cari di kawasan yang menjual jamu dan ubat Gamat.

Apa yang kaum wanita dapat selepas bersalin kebiasaannya adalah kesan sakit pinggang dan sakit belakang badan.

Penggunaan jamu ada setengah dapat membantu untuk wanita selepas bersalin tetapi kesemuanya rasa sakit itu hilang.

Dengan khasiat Nenas Batu, rasa sakit selepas bersalin mungkin hilang antaranya angin banyak keluar, kentut dan sakit pinggang hilang dan terasa ringan.

Pengamalan Nenas Batu boleh diamalkan tetapi apa yang kami mahu tekankan disini, belum ada data konkrit yang boleh merasionalkan penggunaan Nenas Batu mampu mengubati penyakit pada manusia.

Tetapi amalan minum Nenas Batu ini banyak kita dengar dari orang lama kan tentang khasiatnya.

Khasiat Nenas Batu

  1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu – ibu awet muda.
  2. Kalau rajin diamalkan, tak perlu lagi jamu atau majun.
  3. Bagi ibu yang bersalin, untuk mengecutkan rahim, perlu mengambil seminggu satu kali sahaja.
  4. Boleh dijadikan ubat untuk menjarangkan anak.
  5. Melawaskan kencing dan mengelakkan sakit batu karang serta buah pinggang.
  6. Membantu melancarkan pembuangan angin dalam badan.
  7. Membantu ibu-ibu bakal menopause.
  8. Dikatakan mampu mengubati penyakit buasir.
  9. Merendahkan paras kolestrol dalam darah.
  10. Membuang toksin dalam badan.
  11. Melancarkan perjalanan darah.
  12. Mencantikkan bentuk badan.
  13. Menegangkan kulit

Nenas Batu amat baik untuk mengatasi masalah kelesuan, penurunan daya seksual, menjadikan pengaliran darah seimbang, memulihkan tenaga dalaman dan memulihkan segala urat yang rosak selepas bersalin, sentiasa awet muda, masalah senggugut dan buang air berdarah.

Cara Menggunakan Nenas Batu

Penggunaan Nenas Batu selain untuk kaum wanita, kaum lelaki pun boleh mengamalkan. Nenas Batu boleh digunakan secara berulang-ulang selagi kelopak dia mengembang bila dijemur, selagi itu la Nenas Batu boleh digunakan.

  1. Basuh Nenas Batu sehingga bersih.
  2. Rendam ke dalam jug minuman berisi air panas.
  3. Biarkan selama satu jam sehingga Nenas Batu tenggelam.
  4. Keluarkan dan tapis sebarang bendasing kelopaknya. Airnya tahan selama 3 hari untuk diminum.
  5. Nenas Batu yang sudah direndam jangan dibuang sebaliknya jemur sehingga kering untuk gunakan lagi.
  6. Bergantung pada kegunaan, Nenas Batu boleh bertahan sehingga setahun.

Jangan lupa share artikel Khasiat Nenas Batu ini dengan rakan anda. ! 🙂