Lokasi Panas Kamera AES Di Malaysia ( September 2017 )

Sumber gambar : Paultan.org

Lokasi kamera AES terbaru di Malaysia yang ditempatkan di kawasan paling panas berlaku kemalangan jalan raya yang tinggi. Penempatan bagi lokasi kamera AES ini bukan main letak saja, tetapi berdasarkan pada statistik dimana sesuatu kes kemalangan kekerapan berlaku meningkat.

Dengan adanya pengenalan sistem kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik ( AES ) pengguna jalan raya lebih memandu secara berhemah.

7 lokasi kamera aes baru yang berkuatkuasa pada September 2017 adalah ;

1) KM 151.4 Lebuhraya PLUS-Pagoh
2) KM 299.9 Lebuhraya PLUS-Kampar
3) KM 17 Gua Musang-Kuala Krai
4) KM 96.3 Lebuhraya PLUS-Kuala Muda
5) KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
6) KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan
7) KM 146.8 Lebuhraya PLUS-Pagoh.

Selain itu, empat lagi kamera AES turut dipasang di persimpangan lampu isyarat sedia ada, iaitu di ;

1) KM 26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Persimpangan Kg.Kerdah)
2) Jalan Pasir Putih-Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King),
3) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian, Sentul)
4) Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu).

Selain itu, lokasi kamera AES yang turut tersedia sebelum ini termasuklah di ;

1) KM 375.9 Lebuhraya PLUS-Slim River (arah Utara)
2) KM 7 Jalan Maharajalela-Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh)
3) KM 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan)
4) KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (arah Selatan)
5) KM 204.6 Lebuhraya PLUS-Taiping (arah Utara)
6) KM 6.6 SKVE (Puchong Ke Kajang)
7) Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju PICC)
8) Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC ke Kajang)
9) KM D7.9 Sungai Besi, Kuala Lumpur (arah ke Selatan)
10) KM 301.6 Lebuhraya PLUS-Kajang (arah ke Utara).

Baca Lagi : Semak Saman AES, JPJ dan Trafik PDRM Secara Online

Untuk lebih detail, kami di Tut WP akan sertakan gambar dimana lokasi kamera AES di Malaysia ditempatkan.

Disertakan juga dengan lebih jelas garis panduan Sistem Mata Demerit disediakan oleh pihak JPJ Malaysia berhubung dibawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik ( AWAS ) yang dilaksanakan pada April 2017 yang lalu.

Video dari Astro Awani menyatakan kamera-kamera AES akan dipasang lagi dimana kira- kira 100 kamera AES seluruh Malaysia. Yang pasti kami disini mengingatkan anda jangan bermain telefon pintar ketika memandu, kerana denda sebanyak RM 300 menanti jika dirakam oleh kamera AES dan kamera mudah alih ( Trafik PDRM ).