Semak Saman AES ( AWAS ), JPJ Dan Trafik PDRM Online

Semak saman AES ( AWAS ) , saman JPJ dan saman Trafik PDRM secara online. Bermula pada tahun ini, April 2017 sistem AES telah dikuatkuasakan dan ditempatkan di lokasi lokasi panas yang sering kali berlakunya kemalangan jalan raya.

Kini dengan kehadiran kamera AES dan kamera mudah alih ( Trafik PDRM ) kian rancak merakam kesalahan pemandu di jalan raya.

Baca Lagi : Lokasi Panas Kamera AES di Malaysia

Oleh itu, kami merasakan sekarang ramai yang sentiasa lebih memandu secara cermat dan berhati -hati tanpa memandu melebihi had laju kan?

“Melalui sistem AES ini, pesalah akan diberi amaran, kompaun, digantung lesen dan akhirnya disenarai hitam akibat kesalahan melanggar peraturan lalu lintas seperti memandu laju dan melanggar lampu isyarat.”

Terbaru ! Kerajaan akan melaksanakan denda RM 300 jika anda memandu sambil bermain telefon. Kamera AES juga diprogramkan untuk melaksanakan kesalahan ini yang kita tahu sebelum ini, kes-kes “tembak” melebihi had laju saja dilakukan oleh pihak Trafik PDRM .

Kini kamera AES pun anda kena berhati – hati agar wang tidak melayang membayar kompoun dan denda atas kesalahan sendiri. Ingat !

Nak selamat, anda tak perlu keluarkan keringat untuk semak saman di Balai dan mana-mana cawangan JPJ kerana sekarang Tut WP akan berkongsikan semak saman AES, JPJ dan Trafik PDRM secara online jer.

Semak Saman Trafik PDRM, JPJ Dan AES (AWAS) Online

  1. Sila masuk ke laman web https://www.myeg.com.my
  2. Sebelum anda menggunakan perkhidmatan ini, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu.
  3. Selepas pendaftaran selesai, anda bolehlah login menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.
  4. Selepas itu pilih semakan saman yang anda ingin lihat.
  5. Anda boleh terus membuat bayaran mana yang ingin anda lakukan.

Semak Saman Melalui JPJ Online

  1. Masuk ke laman web: http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
  2. Pilih melalui menu yang diberikan sama ada semak NO ID sahaja ataupun No ID dan No kad Pengenalan sekali.
  3. Selepas itu, akan keluar paparan pilihan. Jika anda rakyat Malaysia, pilih Mykad atupun pilih pilihan lain yang berkenaan dengan anda.
  4. Selepas itu masukkan captcha (kod keselamatan)
  5. Dan Klik Semak.
  6. Paparan semakan adalah seperti di bawah ini

Video Semak Saman AES, JPJ dan Trafik PDRM Online

Semoga dengan perkongsian dari kami ini di Tut WP, anda boleh semak saman AES, JPJ, dan Trafik PDRM secara online dengan mudah dan senang diingati. Masukkan Kad Pengenalan jer anda dah boleh tolong membe check saman aes sekali.

View Comments (0)