Jabatan Imigresen Malaysia Meletakkan Kiosk Semak Status Senarai Hitam Sebelum Penerbangan

Semak status senarai hitam sebelum penerbangan di Kiosk yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Ini kerana dikata seramai 800 ribu rakyat Malaysia disenarai hitam tidak membayar hutang kepada pelbagai pihak termasuk hutang PTPTN dan bank.

Dan oleh kerana masalah ini, rakyat Malaysia yang ingin lakukan lawatan ke luar negara tersangkut di bahagian pemeriksaan pasport dek kerana baru mendapat tahu bahawa mereka yang ingin terbang ke luar negara tidak boleh sebelum membayar hutang – hutang ini terlebih dahulu.

Tiga kiosk yang ditempatkan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia boleh disemak di bahagian masuk KLIA, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Bangunan Sultan Iskandar di Johor.

Jabatan Imigresen Malaysia juga menyatakan hasrat akan meletakkan kiosk-kiosk ini di tempat – tempat lain seperti KLIA 2 untuk memudahkan orang ramai.

Tujukan kiosk ini diletakkan untuk menyemak status senarai hitam di lapangan terbang supaya mereka yang berhutang ini tidak sangkut di bahagian Imigresen.

Jadi seperti biasa, bagi anda pemimjam PTPTN pastikan tiada hutang PTPTN tertunggak dan lunas bayaran sebelum terbang ke luar negara.

Sumber : Jabatan Imigrisen Malaysia