Cara Guna Sistem Semakan Online PDRM ( SSO ) Untuk Semak Laporan Polis

Sistem Semakan Online (SSO) PDRM – Semak Laporan Polis Secara Online. Tahukah anda sebagai pengguna berpeluang untuk menyemak status laporan polis yang dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) bagi memudahkan urusan dengan pegawai penyiasat.

Sistem Semakan Online (SSO) dibina untuk memudahkan pengguna menyemak status perkhidmatan efektif dan efisen.

Sistem ini ditubuhkan berdasarkan maklum balas orang awam yang sering kali berhadapan kesulitan berhubung, sistem manual yang memakan masa dan mendapat maklumat termasuk no telefon pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk kes dan siasatan mereka.

Melalui aplikasi Sistem Semakan Online(SSO) ini, pengguna boleh menyemak Semakan Status Keputusan Repot Polis, Status Saman Trafik, Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM dan Status Permohonan Lesan Am pada bila – bila masa sahaja.

Pengguna baru yang perlu klik pada Pendaftaran Baru untuk mengakses ke Sistem Semakan Online ( SSO ) dan seterusnya memasukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Sistem Semakan Online ( SSO) termasuk didalam inisiatif MyDistress dimana ia memberi peluang kepada orang awam untuk menyemak laporan polis secara jelas dan telus, melakukan pembersihan terhadap kawasan yang dikenal pasti “panas” berlakunya jenayah , meletakkan kumpulan sukarelawan di seluruh negara bagi membendung masalah jenayah dan meluaskan Program Omnipresence.

Klik sini untuk layari Laman Rasmi Sistem Semakan Online ( SSO ) PDRM.