Tarikh Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum 2018

Tarikh Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum 2018 telahpun diumumkan dan parlimen bubar oleh YAB Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Razak.

Teka – teki selama ini terungkai apabila desas desus mengatakan PRU 14 akan diadakan pada tahun ini menjadi kenyataan dimana Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) mengumumkan 9 Mei 2018 ( Rabu ) adalah Hari Mengundi selepas parlimen bubar dalam masa 60 hari pada 7 April 2018 lepas.

TARIKH PENTING PRU14

Berikut adalah tarikh-tarikh penting Pilihan Raya kali ini.

28 April – Hari Penamaan Calon
5 Mei – Hari Mengundi Awal
9 Mei – Hari Mengundi

Tempoh berkempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan sebelum jam 12 malam sebelum hari mengundi.

Tempoh mengundi pula bermula dari jam 12 malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya.

Waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8 pagi hingga 5 petang di seluruh Malaysia dimana pada hari mengundi jatuh pada Hari Rabu diberikan Cuti Kelepasan Am Khas.

Untuk pengetahuan anda, SPR mengeluarkan kenyataan mana – mana rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih pada awal tahun 2018 ini tidak layak untuk mengundi.

FAKTA MENARIK PRU14

Berikut dikongsikan beberapa fakta menarik pilihan raya umum kali ini. Antaranya:

  • Seramai 14.9 juta pendaftar layak mengundi
  • PRU di Sarawak hanya melibatkan kerusi Parlimen sahaja kerana Pilihan Raya Negeri baru sahaja dibuat 7 Mei 2017
  • Datuk Seri Najib akan mengetuai BN untuk PRU ke-2 selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Abdullah pada 3 April 2009
  • Para PRU ke-13 BN telah memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi dipertandingkan manakala Pakatan Rakyat memenangi 89 kerusi.

Sebagai pengundi, pastikan anda baca beberapa manifesto setiap parti yang bertanding antaranya Manifesto Barisan Nasional dan Manifesto Pakatan Harapan yang menjanjikan penghapusan GST sebaik mengambil alih Putrajaya. Kami di Tut WP akan mengemaskini berkaitan Manifesto untuk setiap parti seperti Barisan Nasional, BN Hebat, Negaraku Hebat.

Jangan lupa Semak Daftar Pemilih Online Dan Tempat Mengundi 2018 disini.