Tarikh Pembayaran BR1M 2018 – Bulan Februari, Jun & Ogos

Tarikh pembayaran BR1M 2018 mengikut kategori pada anda yang layak dibayar pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2018.

Portal rasmi Bantuan Rakyat 1Malaysia sudah pun mengeluarkan jadual tarikh pembayaran BR1M 2018 dan pemohon diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi BR1M 2018 dan keputusan permohonan secara online.

Klik sini untuk kemaskini BR1M 2018 – Bermula 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.

Pemberian BR1M 2018 dikekalkan seperti didalam pembentangan Bajet 2018 yang lalu oleh Perdana Menteri pada kadar maksima RM 1,200 untuk kategori berikut ;

Jadual dibawah adalah tarikh pembayaran BR1M 2018 mengikut kategori yang terkini ;

Kategori 1 : Individu berpendapatan bulanan RM 2,000 kebawah

  • Februari 2018 – RM 450

Kategori 2 : Isi rumah berpendapatan bulanan RM 3,001 – RM 4,000

  • Februari 2018 – RM 300
  • Jun 2018 – RM 300
  • Ogos 2018 – RM 300

Kategori 3 : Isi rumah berpendapatan bulanan RM 3,000 dan kebawah

  • Februari 2018 – RM 400
  • Jun 2018 – RM 400
  • Ogos 2018 – RM 400

Manakala Skim Khairat Kematian (SKK) hanya layak diberikan kepada penama waris terdekat sahaja. Bantuan SKK adalah sebanyak RM1,000 + baki BR1M yang belum dituntut.

Kemaskini BR1M 2018 Sekarang !

Setiap pemohon WAJIB melakukan kemaskini sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun permohonan. Permohonan BR1M 2018 anda mungkin gagal jika tidak berbuat sedemikian.

Antara maklumat yang perlu dikemaskini termasuklah terdapat perubahan pada status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan, alamat surat menyurat terkini dan emel, nombor telefon bimbit dan rumah,maklumat akaun bank, maklumat pasangan dan tanggungan, perubahan waris.

Muaturun Risalah BR1M 2018 disini untuk keterangan lanjut.

https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/Template_BR1M2018New.pdf

Untuk keterangan lebih lanjut tentang BR1M 2018, anda boleh berkunjung ke mana-mana pejabat LHDN atau hubungi talian hotline mereka di nombor 1-800-88-2716.